Friday, 5 August 2016

Strawberi & choki-choki




Hai anda semua!

Lama betulkan aku menghilang? Ahaa. Itulah berita buruknya, hari ini, secara rasminya, aku mengumumkan bahawasanya laptop kepunyaan mak aku rosak. Sebenarnya sudah hantar ke kedai, tapi resultnya, tauke cina tu (bukan tauke raja lawak tu. kbai.)  kata motherboard rosak (nak ganti memang mahal nokhorom!). Jadi, aku rasa dah boleh ucap selamat tinggal dan semoga kau aman di alam sana (kau ingat dia apa?)

Masa aku pulang ke kampung hari tu, (di Kunak, Sabah), aku berangan nanti nak update cerita sepanjang perkara yang berlaku semasa raya. Belum sempat habis berangan, adik aku membawa perkhabaran buruk (laptop rosak).

Ok, ni cerita pertama yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama. Ecewah.

Korang semua mesti pernah makan buah strawberi, kan? Kalau tak pernah pun, paling koman pernah nampak buah strawberi, tak kiralah, kat internet ke, tv ke, atau di mana-mana sahaja.

Haa. Ini kisah tentang strawberi!

Masa dalam perjalanan pulang ke Kunak menggunakan perkhidmatan bas dari Terminal Bas Inanam, Kota Kinabalu (kami balik malam raya, syukur pemandu bas tak mensyahdukan kami dengan kumandang takbir raya) kami ada berhenti pada lokasi tertentu. Tak silap aku, perhentian kami yang pertama adalah bertempat di Kundasang. Jam menunjukkan kira-kira 9 malam (?). Perhentian tu sekejap je, dalam 15 minit untuk melepaskan hajat dan juga mengasapkan rokok, sebab masa tu dah start suhu sangat sejuk (tapi aku tak merokok lah, duduk dalam bas je).

Si encik suami ni turun lah dari bas, katanya nak merokok kejap. Naik semula ke atas bas, aku nampak ada bungkusan plastik kat tangan dia. (Sebelum tu aku kirim minta beli asam, aku muntah -- mabuk perjalanan (jalan macam ular siapa je tak pening?) Selain asam yang aku kirim dia beli strawberi (Kundasang pun terkenal jugak dengan strawberinya).

Mulanya aku tak heran dengan kehadiran si strawberi tu, ye lah, baru lepas uwek-uwek siapa je ada selera nak makan? Maka dengan itu, keadaan dalam bas gelap kembali dan hampir semua penumpang menyambung dengkuran mereka termasuk jugak aku..

Sampai lagi di perhentian Telupid, hampir semua penumpang dan pemandu bas turun untuk mengalas perut. Jam menunjukkan 11 malam. Encik suami ada juga ajak aku untuk turun makan, tapi aku enggan kata nak duduk atas je. Dia turunlah sorang.

Tekak aku masa tu masih terasa lagi sisa-sisa uwek tu, jadi yang aku perlukan benda-benda masam untuk nyahkan dari kerongkong. Memula niat nak makan asam je, tengah elok makan asam, tangan gatal capai strawberi yang dibeli.



Tadaa! Itulah bungkusan strawberi yang aku nampak. Mula-mula aku rasa nak ketawa jugak, sebab aku nampak ada choki-choki terselit tu. Aku kata, "ni bagi choki-choki ni nak buat apa ni?" masa tu aku tak terfikir apa pun. Aku koyakkan sampul strawberi tu dan ngap! Makan sebiji. 

Masam~ itulah yang dapat aku gambarkan. Masam strawberi ni lagi masam dari asam. Hahaha. Tang tu juga kepala otak berfikir ligat macam mana kasi tak nak masam sangat. Dan, ya. Aku tengok choki-choki tu lama-lama dan aku terus tebuk lubang sikit. Letak coklat choki-choki tu atas strawberi. 


Kali ni dah tak rasa masam ya amat. Sebaliknya rasa strawberi yang crunchy, rasa masam dan manis choki-choki tu bergabung. Pergh. Sedap. 

Masa encik suami naik bas balik, aku suruh dia rasa stawberi yang diletakkan dengan choki-choki. Dia sendiri pun kata, "Sedap! Macam mana sayang tau choki-choki ni letak atas strawberi?

"Sayang terfikir dan cuba sendirilah!

Begitulah ceritanya. Aku tak tahulah kalau korang pernah cuba makan strawberi letak choki-choki atau 'ngap' begitu sahaja. Tapi, kalau lepas ni korang beli strawberi sama ada dari Kundasang atau Cameroon Highland, jangan lupa choki-choki! 

x. 



4 comments:

  1. ooo choki-choki eh belum pernah try lgi.. tapi pernah la nampak ada orang buat tu..

    ReplyDelete
  2. idea bagus juga ni stoberi dengan choki2..sedappp :) was here jenjalan malam

    ReplyDelete
  3. jimat duit cara macamni kan, hehe. bestnya, saya teringin nk pegi kundasang :D

    ReplyDelete
  4. Makan sambil tengok movie hihihi layan. 😘

    ReplyDelete