Friday 24 June 2016

Hati rapuh

                                           


[Ya Allah, ya Tuhanku, kau berikanlah aku kekuatan..] 

Dalam diam-diam, kita amat mengharapkan pada Dia untuk diberikan kekuatan dalam menghadapi hari yang mendatang. Tapi, tanpa engkau dan aku duga, Dia lontarkan kepada kita ujian demi ujian.


Dan kerana ujian itu..
Aku rasa lemas dan tertekan,
penangan hebatnya dugaan.
Buat aku jatuh menjunam,
resah kerana hebat dihujam.

Titisan demi titisan air mata mengelir lesu,
Buatkan aku duduk berteleku,
"Tuhan, mengapa aku?"                                                                    
Aku kata hati terlalu rapuh,
sudah tidak tahan menempuh,
kesudahan hanya duduk bersimpuh,
lalu perlahan aku mengeluh.                                                               
Namun di balik ujian,
yang bertakhta tekanan,
hanya menguji keimanan,
berapa lama kita bertahan.

Dan tiap titisan air mata itu bukan kelemahan,
malah menguatkan,
mendekatkan engkau dan aku pada Ar-Rahman.

Kelak hari aku teguh,
pada dugaan yang ditempuh,
Suatu masa aku ampuh,
hati tidak akan rapuh.


Saturday 18 June 2016

Optimis




Macam mana nak move on dari perasaan sedih ni? Aku berani jamin setiap dari korang ada perasaan sedih yang korang tak mampu luah pada siapa-siapa.

Aku pun ada perasaan sedih juga, tapi secara pantas dan bijak aku cover kesedihan aku tu dengan gelak ketawa dan lawak depan kawan-kawan. Jadi di sini aku ada beberapa cara untuk hilangkan rasa sedih tu.

1. Terapkan minda positif; 


Cuba untuk tidak terlalu memikirkan hal-hal yang telah membuatkan kita rasa sedih, atau rasa sakit hati. Semakin kita fikirkan perkara-perkara buruk itu, semakin kusut kepala otak kita. Ayuh, kita tinggalkan semua hal-hal yang menyakitkan dan berfikir dengan lebih positif. Melalui cara ini, sedikit sebanyak kesedihan dan beban kita tu berkurangan. 

2. Lakukan aktivti yang disukai;


Buatlah perkara-perkara yang kita suka sekerap yang mungkin. Melakukan perkara yang sangat kita gemari akan mengurangkan perasaan sedih kita dan juga membantu kita melupakan perkara-perkara yang menyedihkan. Ayuh bebaskan diri dari belenggu kesedihan!

3. Terima takdir dengan hati terbuka;



Dalam kehidupan kita, tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Kadang-kala sesuatu permintaan tu tidak ditunaikan kerana belum sampai masanya. Jangan terus-terus menyalahkan takdir (apatah lagi Tuhan), bila perkara yang dihajati tidak kesampaian. Bertenanglah, dan yakinlah bahawa Dia mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan lupa juga, berdoa setiap hari tanpa henti untuk hajat yang kita benar-benar inginkan. Dia Maha Mendengar. 

4. Yakin dengan diri sendiri; 


Yakinlah dengan kebolehan dan kelebihan diri sendiri. Jangan biarkan semangat kita jatuh merundum apabila kebolehan kita dalam sesuatu bidang tidak diterima dalam kelompok bidang tersebut. Penolakkan yang berlaku adalah salah satu motivasi untuk kita mengasah lagi bakat yang dimiliki. Jangan berputus asa. 

Semoga bermanfaat untuk diri korang dan aku sendiri. x. 




Monday 13 June 2016

Aku si gagalis




Hari yang sangat sangat aku harapkan agar membawa tuah dan kegembiraan, rupanya hanya membawa segumpal kedukaan untuk diri aku. Tak mengapalah, mungkin bukan rezeki aku. Atau mungkin sebenarnya, aku tak layak berdiri sebaris dengan mereka -- hatta untuk sehari sekali pun.

Aku dah berusaha sehabis mungkin, aku dah kerahkan idea aku untuk benda ni, - boleh dikira, manuskrip ni lah yang akan tunaikan harapan aku yang melangit tu. Rupanya, aku dilempar balik agar jatuh ke bumi. Sakit.

Ini bukan kali pertama aku memberanikan diri hantar manuskrip kepada publisher tu, ini dah masuk kali kedua, dan aku masih gagal. Malahan, aku pernah juga ikut contest-contest yang mereka sediakan. Em, memang -- aku ni bernasib kurang baik kerana tuah tidak bersama aku. Aku gagal.

Agak terkilan sebenarnya, bila aku dah usahakan manuskrip ni hampir setahun lamanya dan ditolak oleh mereka hanya dalam satu bulan. Nampak tak? Usaha aku tu memang jelas sia-sia.

Ya, ini adalah entri aku yang penuh kegagalan. Jiwa aku berkabung. Aku sepertinya sudah berputus asa. Aku juga dah menangis sedikit tadi pagi, selepas membaca feedback yang diberikan oleh para panel publisher tu.

Ada antara feedback panel yang membuatkan hati aku sedikit tenang. Hanya sedikit, dan kemudiannya hentaman dan kritikan dari panel yang lain buatkan empangan air mata aku tu deras. Mungkin aku layak mendapat kritikan tu kerana penulisan aku langsung tak bagus.



Dari pagi sejak aku baca emel ni, sampailah ke malam ni sebenarnya aku masih belum move on. Ya lah, benda yang kau usahakan dan kau jadikan sebagai harapan, tidak diterima baik oleh orang lain. Memang sangat mendukacitakan. 

Ini antara feedback yang aku dapat, yang aku rasa aku boleh terima kritikannya. Feedback yang lain, aku akan biarkan dia mereput sampai bila-bila. Aku juga nak jadikan feedback kritikan tu sebagai titik tolak agar aku menulis dengan lebih baik lagi. 

Apa lagi aku boleh kata? Aku cuma nak hamburkan kekecewaan aku tu di sini. Mungkin aku tak sepatutnya buat manuskrip tu terburu-buru. 

Mungkin aku tak sepatutnya menulis. 

Selama ini aku hanya berhalusinasi yang mengatakan aku ini bagus dalam bidang penulisan. 

Mungkin sebenarnya karya aku hanya layak dibaca oleh aku seorang sahaja. 

Mungkin sebenarnya aku ni tidak ada apa-apa kelebihan dan kebolehan, melainkan bernafas melalui hidung sahaja. 


Dan untuk ke sekian kalinya, aku okay walaupun sebenarnya tak okay sangat. x. 


Monday 6 June 2016

Ramadhan Kareem





Assalamualaikum, Keknis mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, jangan puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk eh. Hihi. 

Semoga ibadah puasa kita pada kali ini kita mampu jalani dengan penuh sabar dan rasa kesyukuran. Dan juga, jangan jadikan ibadah puasa ini sia-sia. Sebagai contoh, puasa tapi masih melihat benda-benda yang haram atau berbuat benda yang haram. 

Mari kita jadikan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini sebagai medan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. 

Kalau dulu solat jarang on time, sekarang ni rasanya dah boleh jadikan on time. 
Kalau dulu jarang belek Quran, sekarang ni boleh dah mengalunkan ayat Quran. 
Ketenangan dapat, pahala pun dapat. In shaa Allah. 




Jumpa komik mini ni carian Google, kredit kepada tuan punya komik. Semoga kartun ini mampu memberikan manfaat kepada kalian. 

Ok, saya blah dulu. x. 




Thursday 2 June 2016

Sindrom student




Tak kisahlah kau student kat mana, student Universiti ternama atau student kolej termahal sekali pun, mesti sindrom ni wujud dalam setiap student;


Betul tak? Hahahaha. Mohon jangan nafikan. 

Kenapa ya sindrom buat assignment last minute ni boleh ada? Dan masalahnya, sindrom tu ada kat aku juga. Hehehehe. Tak kisahlah, assignment sendiri ke atau grouping, tabiat last minute tu setia je mengekori aku dan kamu. Ecewah. 

Bagi aku, tak mengapa buat last minute, tapi biarlah hasilnya kemas dan mantap. Hehehe. Sebab ada member aku kata, "yang last minute tu kadang-kadang kerjanya dia perfect." Ok, kadang-kadang. (Tu pun kalau bernasib baiklah.) 

P/s: Sindrom buruk ni seharusnya dihalau sebelum memasuki dunia perkerjaan.