Monday 28 November 2016

I L Y .






"Saya sayangkan awak, sampai bila-bila dan saya nak bawa awak ke Jannah." 

Guys. 
Kalau kau betul-betulkan sayangkan seorang perempuan tu, kau mesti tunjukkan perasaan sayang kau tu dengan cara yang sebetulnya. Dan cara paling terbaik untuk menyalurkan perasaan kasih sayang itu adalah dengan mengahwini perempuan tersebut. 

Guys. 
Kasih sayang takkan bertumbuh dengan sendirinya sebaik sahaja kamu sudah diijabkabulkan, haruslah perasaan kasih itu dibajai dengan membelai pasanganmu, melayan ia dengan baik-baik. Bukan setakat masa bercinta sahaja kau kena ambil dan curi hatinya. Malah juga selepas kahwin. 

Perempuan itu mahunya bukan yang tidak-tidak tetapi perhatian dari lelaki yang paling dia sayang. Cukup kau sudi mendengar ceritanya, memahami isi hatinya, dan memberikan respon bila dia tanya, dia rasa itu sudah cukup.

Kerenah perempuan memang merumitkan apabila dia mampu beetukar dari matahari kepada awan kelabu dan ribut petir dalam masa 15 minit, tapi, percayalah, kalau kau pujuk dia dengan cara yang betul, hatinya akan lembut. 

Walau apa pun, usah pula terlalu manjakan perempuan yang kau sayang sampai dia susah nak berdikari, atau kau terlalu mengabaikan perasaannya sehingga dia tak kisah bersendiri. 

Kasih sayang yang dianyam dengan toleransi dan perasaan saling memerlukan, akan buat pasangan kau bahagia. Malahan juga, dirimu sendiri. 

Bukan susah nak semai kasih sayang.

x.


Tuesday 9 August 2016

Dapur berasap: Nachos




Huiii.

Kali ni aku nak kongsi macam mana nak buat Nachos. Sebenarnya makanan ni simple je, terpulang pada individu nak masukkan bahan apa dalam Nachos ni. Senang cakap, ikut sedap kau je lah nak campak bahan apa pun!

Tapi, aku tak kira jugak, aku nak kongsi juga macam mana aku sediakan Nachos ni! Hahahaha.

1) Sediakan bahan. 



Mestilah sediakan bahan dulu, kalau tak ada bahan, macam mana nak masak? Betul tak? Haa, apa lagi, dah boleh sediakan senarai untuk bahan Nachos sekarang! 

Atas tu bahan yang aku guna: 
Keropok Chacho's, 
daging kisar jenama Ramly, 
sosej 2 batang, 
bawang besar, 
mayonis dan, 
keju. 

Bahan-bahan tersebut korang boleh ubah ikut suka hati. Boleh juga kalau nak tambah bagi nampak lebiih 'sihat', letaklah zaitun ke, kalau nak pedas tambah cili ke. Jangan tambah durian sudah! Tu melampau nama dia. Kahkah. 

2) Potong bahan. 


Sekarang boleh pergi ambil sasaban (papan pemotong) dan pisau. Apa? Jangan tengok je, potonglah! Kalau aku pula yang minced beef tu aku lerai-leraikan guna jari. Tak payah gelilah, nanti sendiri nak makan juga, kan? 

3) Tumis bahan. 


Seterusnya, ambil kuali dan sudip. Masukkan minyak*, tunggu minyak panas secukupnya dan bahan mentah yang perlu dimasukkan terlebih dahulu adalah daging. 

Godek-godek daging tu jangan biar melekat kat kuali. Tunggu sampai daging tu bertukar warna menjadi coklat keperangan, barulah boleh masukkan bahan lain. 

* Jangan masukkan minyak banyak sangat, cukup dengan anggaran satu sudu makan. Sebab, nanti minced beef tu sendiri akan keluarkan minyak dari daging dan minyak jadi banyak. (Muak la korang makan kalau banyak sangat minyak)


Bila minced beef dah bertukar warna coklat keperangan, masukkan sosej atau bahan-bahan yang korang sediakan. 

Gaul bahan tersebut supaya setiap inci bahan masak. Ecewah. 


Selalunya kalau makan Nachos, mayonis tu cecahan untuk Nachos. Tapi aku buat kelainan sikit, aku letak dua sudu mayonis ke dalam bahan tumisan. (Untuk part ni kalau tak nak ikut aku pun tak mengapa). 

Terakhir, masukkan bawang besar! Aku suka bawang besar jadi masukkan ke dalam resepi. kalau korang tak suka, tak perlu letak. Aku tak paksa. 



Last but not least, aku kira ni adalah step yang paling manusia sukai. Letakkan cheese ke dalam bahan tumisan. Aku letakkan dua keping cheese ke dalam bahan tumisan aku ni. 

Nak cairkan cheese ni ada banyak cara, sama ada macam aku buat, atau nak gunakan microwave, terpulang, Ikut keselesaan anda seperti yang aku dah beritahu awal-awal.

4) Susun chips Chacho's 


Untuk langkah ini, terpulang juga kepada korang nak susun dalam pinggan ke, daun pisang ke, talam ke, janji susun! Susun kemas-kemas. 

5) Nachos siap! 


Lepas tu letaklah bahan tumisan tadi tu ke atas chips Chacho's dan Nachos korang telah pun siap. 

Simple bukan? Selamat mencuba! x. 


Friday 5 August 2016

Strawberi & choki-choki




Hai anda semua!

Lama betulkan aku menghilang? Ahaa. Itulah berita buruknya, hari ini, secara rasminya, aku mengumumkan bahawasanya laptop kepunyaan mak aku rosak. Sebenarnya sudah hantar ke kedai, tapi resultnya, tauke cina tu (bukan tauke raja lawak tu. kbai.)  kata motherboard rosak (nak ganti memang mahal nokhorom!). Jadi, aku rasa dah boleh ucap selamat tinggal dan semoga kau aman di alam sana (kau ingat dia apa?)

Masa aku pulang ke kampung hari tu, (di Kunak, Sabah), aku berangan nanti nak update cerita sepanjang perkara yang berlaku semasa raya. Belum sempat habis berangan, adik aku membawa perkhabaran buruk (laptop rosak).

Ok, ni cerita pertama yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama. Ecewah.

Korang semua mesti pernah makan buah strawberi, kan? Kalau tak pernah pun, paling koman pernah nampak buah strawberi, tak kiralah, kat internet ke, tv ke, atau di mana-mana sahaja.

Haa. Ini kisah tentang strawberi!

Masa dalam perjalanan pulang ke Kunak menggunakan perkhidmatan bas dari Terminal Bas Inanam, Kota Kinabalu (kami balik malam raya, syukur pemandu bas tak mensyahdukan kami dengan kumandang takbir raya) kami ada berhenti pada lokasi tertentu. Tak silap aku, perhentian kami yang pertama adalah bertempat di Kundasang. Jam menunjukkan kira-kira 9 malam (?). Perhentian tu sekejap je, dalam 15 minit untuk melepaskan hajat dan juga mengasapkan rokok, sebab masa tu dah start suhu sangat sejuk (tapi aku tak merokok lah, duduk dalam bas je).

Si encik suami ni turun lah dari bas, katanya nak merokok kejap. Naik semula ke atas bas, aku nampak ada bungkusan plastik kat tangan dia. (Sebelum tu aku kirim minta beli asam, aku muntah -- mabuk perjalanan (jalan macam ular siapa je tak pening?) Selain asam yang aku kirim dia beli strawberi (Kundasang pun terkenal jugak dengan strawberinya).

Mulanya aku tak heran dengan kehadiran si strawberi tu, ye lah, baru lepas uwek-uwek siapa je ada selera nak makan? Maka dengan itu, keadaan dalam bas gelap kembali dan hampir semua penumpang menyambung dengkuran mereka termasuk jugak aku..

Sampai lagi di perhentian Telupid, hampir semua penumpang dan pemandu bas turun untuk mengalas perut. Jam menunjukkan 11 malam. Encik suami ada juga ajak aku untuk turun makan, tapi aku enggan kata nak duduk atas je. Dia turunlah sorang.

Tekak aku masa tu masih terasa lagi sisa-sisa uwek tu, jadi yang aku perlukan benda-benda masam untuk nyahkan dari kerongkong. Memula niat nak makan asam je, tengah elok makan asam, tangan gatal capai strawberi yang dibeli.



Tadaa! Itulah bungkusan strawberi yang aku nampak. Mula-mula aku rasa nak ketawa jugak, sebab aku nampak ada choki-choki terselit tu. Aku kata, "ni bagi choki-choki ni nak buat apa ni?" masa tu aku tak terfikir apa pun. Aku koyakkan sampul strawberi tu dan ngap! Makan sebiji. 

Masam~ itulah yang dapat aku gambarkan. Masam strawberi ni lagi masam dari asam. Hahaha. Tang tu juga kepala otak berfikir ligat macam mana kasi tak nak masam sangat. Dan, ya. Aku tengok choki-choki tu lama-lama dan aku terus tebuk lubang sikit. Letak coklat choki-choki tu atas strawberi. 


Kali ni dah tak rasa masam ya amat. Sebaliknya rasa strawberi yang crunchy, rasa masam dan manis choki-choki tu bergabung. Pergh. Sedap. 

Masa encik suami naik bas balik, aku suruh dia rasa stawberi yang diletakkan dengan choki-choki. Dia sendiri pun kata, "Sedap! Macam mana sayang tau choki-choki ni letak atas strawberi?

"Sayang terfikir dan cuba sendirilah!

Begitulah ceritanya. Aku tak tahulah kalau korang pernah cuba makan strawberi letak choki-choki atau 'ngap' begitu sahaja. Tapi, kalau lepas ni korang beli strawberi sama ada dari Kundasang atau Cameroon Highland, jangan lupa choki-choki! 

x. 



Friday 24 June 2016

Hati rapuh

                                           


[Ya Allah, ya Tuhanku, kau berikanlah aku kekuatan..] 

Dalam diam-diam, kita amat mengharapkan pada Dia untuk diberikan kekuatan dalam menghadapi hari yang mendatang. Tapi, tanpa engkau dan aku duga, Dia lontarkan kepada kita ujian demi ujian.


Dan kerana ujian itu..
Aku rasa lemas dan tertekan,
penangan hebatnya dugaan.
Buat aku jatuh menjunam,
resah kerana hebat dihujam.

Titisan demi titisan air mata mengelir lesu,
Buatkan aku duduk berteleku,
"Tuhan, mengapa aku?"                                                                    
Aku kata hati terlalu rapuh,
sudah tidak tahan menempuh,
kesudahan hanya duduk bersimpuh,
lalu perlahan aku mengeluh.                                                               
Namun di balik ujian,
yang bertakhta tekanan,
hanya menguji keimanan,
berapa lama kita bertahan.

Dan tiap titisan air mata itu bukan kelemahan,
malah menguatkan,
mendekatkan engkau dan aku pada Ar-Rahman.

Kelak hari aku teguh,
pada dugaan yang ditempuh,
Suatu masa aku ampuh,
hati tidak akan rapuh.


Saturday 18 June 2016

Optimis




Macam mana nak move on dari perasaan sedih ni? Aku berani jamin setiap dari korang ada perasaan sedih yang korang tak mampu luah pada siapa-siapa.

Aku pun ada perasaan sedih juga, tapi secara pantas dan bijak aku cover kesedihan aku tu dengan gelak ketawa dan lawak depan kawan-kawan. Jadi di sini aku ada beberapa cara untuk hilangkan rasa sedih tu.

1. Terapkan minda positif; 


Cuba untuk tidak terlalu memikirkan hal-hal yang telah membuatkan kita rasa sedih, atau rasa sakit hati. Semakin kita fikirkan perkara-perkara buruk itu, semakin kusut kepala otak kita. Ayuh, kita tinggalkan semua hal-hal yang menyakitkan dan berfikir dengan lebih positif. Melalui cara ini, sedikit sebanyak kesedihan dan beban kita tu berkurangan. 

2. Lakukan aktivti yang disukai;


Buatlah perkara-perkara yang kita suka sekerap yang mungkin. Melakukan perkara yang sangat kita gemari akan mengurangkan perasaan sedih kita dan juga membantu kita melupakan perkara-perkara yang menyedihkan. Ayuh bebaskan diri dari belenggu kesedihan!

3. Terima takdir dengan hati terbuka;



Dalam kehidupan kita, tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Kadang-kala sesuatu permintaan tu tidak ditunaikan kerana belum sampai masanya. Jangan terus-terus menyalahkan takdir (apatah lagi Tuhan), bila perkara yang dihajati tidak kesampaian. Bertenanglah, dan yakinlah bahawa Dia mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan lupa juga, berdoa setiap hari tanpa henti untuk hajat yang kita benar-benar inginkan. Dia Maha Mendengar. 

4. Yakin dengan diri sendiri; 


Yakinlah dengan kebolehan dan kelebihan diri sendiri. Jangan biarkan semangat kita jatuh merundum apabila kebolehan kita dalam sesuatu bidang tidak diterima dalam kelompok bidang tersebut. Penolakkan yang berlaku adalah salah satu motivasi untuk kita mengasah lagi bakat yang dimiliki. Jangan berputus asa. 

Semoga bermanfaat untuk diri korang dan aku sendiri. x. 




Monday 13 June 2016

Aku si gagalis




Hari yang sangat sangat aku harapkan agar membawa tuah dan kegembiraan, rupanya hanya membawa segumpal kedukaan untuk diri aku. Tak mengapalah, mungkin bukan rezeki aku. Atau mungkin sebenarnya, aku tak layak berdiri sebaris dengan mereka -- hatta untuk sehari sekali pun.

Aku dah berusaha sehabis mungkin, aku dah kerahkan idea aku untuk benda ni, - boleh dikira, manuskrip ni lah yang akan tunaikan harapan aku yang melangit tu. Rupanya, aku dilempar balik agar jatuh ke bumi. Sakit.

Ini bukan kali pertama aku memberanikan diri hantar manuskrip kepada publisher tu, ini dah masuk kali kedua, dan aku masih gagal. Malahan, aku pernah juga ikut contest-contest yang mereka sediakan. Em, memang -- aku ni bernasib kurang baik kerana tuah tidak bersama aku. Aku gagal.

Agak terkilan sebenarnya, bila aku dah usahakan manuskrip ni hampir setahun lamanya dan ditolak oleh mereka hanya dalam satu bulan. Nampak tak? Usaha aku tu memang jelas sia-sia.

Ya, ini adalah entri aku yang penuh kegagalan. Jiwa aku berkabung. Aku sepertinya sudah berputus asa. Aku juga dah menangis sedikit tadi pagi, selepas membaca feedback yang diberikan oleh para panel publisher tu.

Ada antara feedback panel yang membuatkan hati aku sedikit tenang. Hanya sedikit, dan kemudiannya hentaman dan kritikan dari panel yang lain buatkan empangan air mata aku tu deras. Mungkin aku layak mendapat kritikan tu kerana penulisan aku langsung tak bagus.



Dari pagi sejak aku baca emel ni, sampailah ke malam ni sebenarnya aku masih belum move on. Ya lah, benda yang kau usahakan dan kau jadikan sebagai harapan, tidak diterima baik oleh orang lain. Memang sangat mendukacitakan. 

Ini antara feedback yang aku dapat, yang aku rasa aku boleh terima kritikannya. Feedback yang lain, aku akan biarkan dia mereput sampai bila-bila. Aku juga nak jadikan feedback kritikan tu sebagai titik tolak agar aku menulis dengan lebih baik lagi. 

Apa lagi aku boleh kata? Aku cuma nak hamburkan kekecewaan aku tu di sini. Mungkin aku tak sepatutnya buat manuskrip tu terburu-buru. 

Mungkin aku tak sepatutnya menulis. 

Selama ini aku hanya berhalusinasi yang mengatakan aku ini bagus dalam bidang penulisan. 

Mungkin sebenarnya karya aku hanya layak dibaca oleh aku seorang sahaja. 

Mungkin sebenarnya aku ni tidak ada apa-apa kelebihan dan kebolehan, melainkan bernafas melalui hidung sahaja. 


Dan untuk ke sekian kalinya, aku okay walaupun sebenarnya tak okay sangat. x. 


Monday 6 June 2016

Ramadhan Kareem





Assalamualaikum, Keknis mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa, jangan puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk eh. Hihi. 

Semoga ibadah puasa kita pada kali ini kita mampu jalani dengan penuh sabar dan rasa kesyukuran. Dan juga, jangan jadikan ibadah puasa ini sia-sia. Sebagai contoh, puasa tapi masih melihat benda-benda yang haram atau berbuat benda yang haram. 

Mari kita jadikan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini sebagai medan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. 

Kalau dulu solat jarang on time, sekarang ni rasanya dah boleh jadikan on time. 
Kalau dulu jarang belek Quran, sekarang ni boleh dah mengalunkan ayat Quran. 
Ketenangan dapat, pahala pun dapat. In shaa Allah. 




Jumpa komik mini ni carian Google, kredit kepada tuan punya komik. Semoga kartun ini mampu memberikan manfaat kepada kalian. 

Ok, saya blah dulu. x. 




Thursday 2 June 2016

Sindrom student




Tak kisahlah kau student kat mana, student Universiti ternama atau student kolej termahal sekali pun, mesti sindrom ni wujud dalam setiap student;


Betul tak? Hahahaha. Mohon jangan nafikan. 

Kenapa ya sindrom buat assignment last minute ni boleh ada? Dan masalahnya, sindrom tu ada kat aku juga. Hehehehe. Tak kisahlah, assignment sendiri ke atau grouping, tabiat last minute tu setia je mengekori aku dan kamu. Ecewah. 

Bagi aku, tak mengapa buat last minute, tapi biarlah hasilnya kemas dan mantap. Hehehe. Sebab ada member aku kata, "yang last minute tu kadang-kadang kerjanya dia perfect." Ok, kadang-kadang. (Tu pun kalau bernasib baiklah.) 

P/s: Sindrom buruk ni seharusnya dihalau sebelum memasuki dunia perkerjaan. 


Tuesday 24 May 2016

Interview?!





Aku dapat panggilan interview, buat kali kedua. Tapi, tapi, tapi, panggilan ni aku dapat masa aku tengah seronok dengan pembelajaran Diploma aku. Mengapa? Mengapa ini harus terjadi? Benda ni aku dah apply lama, tahun lepas. Tapi, lepas setahun baru dapat panggilan. 

Masa kena call tu, aku tak ada rasa apa pun. Teruja tidak, seronok pun tidak. Because I'm on my half way to get my Diploma. Sudahnya aku buntu, esok kena pergi interview. Puas aku berfikir sejak dari beberapa hari yang lepas. Aku dah buat keputusan nekad. Aku tak pergi pun interview besok. Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku tak nak pergi.  

  1. Sebab aku dah pernah hadiri temuduga kerajaan yang sangat *huff* dan aku langsung tak ada idea dan tak prepare apa-apa. Untuk kali ni pun, aku langsung tak ada sediakan apa-apa. Jadi bagi aku, adalah lebih baik tak pergi daripada kena permainkan oleh mereka. 
  2. Aku betul-betul tak faham dengan terma "mencari orang yang berpengalaman" tapi, orang yang mereka panggil untuk interview ni langsung tiada pengalaman (mungkin tak semua, tapi hampir kesemuanya). And I was like, "The hell??! Are you trying to fool me?!" Mereka terlebih expect yang semua datang ni ada pengalaman. Dan, satu soalan yang bermain di minda aku, "masa mereka masuk kerja dulu, ada kena tanya pengalaman mereka ke? (atau mereka masuk ni guna kabel baeekk punya?)" Hmm. 


Bagi aku, biarlah. Aku rasa rezeki aku bukan kat situ. Mungkin lain kali. Aku cuma nak fokuskan pembelajaran aku yang berbaki beberapa semester ni. Rasa sayang kalau nak lepaskan macam tu je. Lagipun, nawaitu aku sambung belajar tu, bukan setakat nak huha-huha dengan coursemates aku je. Memang niat aku sambung belajar sebab nak dapatkan kehidupan yang lebih baik. Mana tahu, lepas dapat Diploma, pekerjaan yang aku dapat lebih baik dari ini? 

Allah knows best. x. 


Thursday 17 March 2016

Silent killer




Overthinking. Kekadang tu kita tak jemput pun fikiran anasir negatif ni, tapi bila kita perhatikan gerak-geri seseorang (dah tentu lah yang tersayang) yang pada mata kita agak lain macam, mesti kita directly fikir bukan-bukan, betul tak?

Overthinking is such a silent killer. 




Bila kita dah terlebih fikir ni, imaginasi dia lain macam. Ecewah. Dari fikir satu benda tu terus merebak dan menerawang ke tempat lain. I hate that part.

Bukan kita nak fikir buruk pasal pasangan atau sesiapa yang rapat dengan kita. Tapi, bila perangainya mula berubah jadi pasif atau opposite dari sebelumnya, siapa tak curiga, bukan?

Berharap apa yang kita fikirkan bukan-bukan tu bukan satu kenyataan.
But still, overthinking is slowly killing me inside. 



Tuesday 15 March 2016

This is not my first time




Hai.

Baiklah, seperti tajuk di atas. Ini bukanlah kali pertama aku berblogging. Pernah je jadi blogger, tapi aktiviti terhenti hampir setahun. Ini kerana, blog aku yang sebelumnya rosak (tak tahu di mana silapnya).

Alright, let's move on.

Kalau ada yang masih boleh cam Keknis (Ehem, gelaran baru sejak dah further study), baguslah.
Once aku pernah guna banyak nama untuk blog aku. Contohnya:




  • www.rookieleviosa.blogspot.com
  • www.methoxicinamate.blogspot.com
  • www.kertaslitmus.blogspot.com
  • www.nerdyindie.blogspot.com (start dari sini blog aku dah rosak, mungkin sebab ada kesilapan teknikal masa tukar URL blog. Inilah padahnya bila suka tukar URL blog. Sekarang, Alhamdulillah, dah insaf.)
Okay, tak perlu klik link di atas, hasilnya mengecewakan. I'll just stick to this new blog. Later on Keknis akan share apa yang patut dikongsikan. 

Bye. 


Thursday 18 February 2016

First ever




Bonjour! 

If you still remember me. Yes. I'm back for more. Yet, I just start a new life. 
I'll be back again to rant on this blog. 

See you.