Dalam diam-diam, kita amat mengharapkan pada Dia untuk diberikan kekuatan dalam menghadapi hari yang mendatang. Tapi, tanpa engkau dan aku duga, Dia lontarkan kepada kita ujian demi ujian.
Dan kerana ujian itu..
Aku rasa lemas dan tertekan,penangan hebatnya dugaan.
Buat aku jatuh menjunam,
resah kerana hebat dihujam.
Titisan demi titisan air mata mengelir lesu,
Buatkan aku duduk berteleku,
"Tuhan, mengapa aku?"
Aku kata hati terlalu rapuh,
sudah tidak tahan menempuh,
kesudahan hanya duduk bersimpuh,
lalu perlahan aku mengeluh.
Namun di balik ujian,
yang bertakhta tekanan,
hanya menguji keimanan,
berapa lama kita bertahan.
Dan tiap titisan air mata itu bukan kelemahan,
malah menguatkan,
mendekatkan engkau dan aku pada Ar-Rahman.
Kelak hari aku teguh,
pada dugaan yang ditempuh,
Suatu masa aku ampuh,
hati tidak akan rapuh.
#deep
ReplyDeletemoga kita jadi manusia tabah.
subhanallah sgt dalam huhu
ReplyDeletesubhanallah sgt dalam huhu
ReplyDeleteAllah uji sebab Dia tau kita mampu, Allah uji sebab Dia tau kita kuat.
ReplyDeleteSemoga tabah.
SemoSemoga kuat.
:)