Hari yang sangat sangat aku harapkan agar membawa tuah dan kegembiraan, rupanya hanya membawa segumpal kedukaan untuk diri aku. Tak mengapalah, mungkin bukan rezeki aku. Atau mungkin sebenarnya, aku tak layak berdiri sebaris dengan mereka -- hatta untuk sehari sekali pun.
Aku dah berusaha sehabis mungkin, aku dah kerahkan idea aku untuk benda ni, - boleh dikira, manuskrip ni lah yang akan tunaikan harapan aku yang melangit tu. Rupanya, aku dilempar balik agar jatuh ke bumi. Sakit.
Ini bukan kali pertama aku memberanikan diri hantar manuskrip kepada publisher tu, ini dah masuk kali kedua, dan aku masih gagal. Malahan, aku pernah juga ikut contest-contest yang mereka sediakan. Em, memang -- aku ni bernasib kurang baik kerana tuah tidak bersama aku. Aku gagal.
Agak terkilan sebenarnya, bila aku dah usahakan manuskrip ni hampir
setahun lamanya dan ditolak oleh mereka hanya dalam
satu bulan. Nampak tak? Usaha aku tu memang jelas sia-sia.
Ya, ini adalah entri aku yang
penuh kegagalan. Jiwa aku berkabung. Aku sepertinya sudah berputus asa. Aku juga dah menangis sedikit tadi pagi, selepas membaca feedback yang diberikan oleh para panel publisher tu.
Ada antara feedback panel yang membuatkan hati aku sedikit tenang. Hanya sedikit, dan kemudiannya
hentaman dan
kritikan dari panel yang lain buatkan empangan air mata aku tu deras. Mungkin aku layak mendapat kritikan tu kerana penulisan aku langsung tak bagus.
Dari pagi sejak aku baca emel ni, sampailah ke malam ni sebenarnya aku masih belum move on. Ya lah, benda yang kau usahakan dan kau jadikan sebagai harapan, tidak diterima baik oleh orang lain. Memang sangat mendukacitakan.
Ini antara feedback yang aku dapat, yang aku rasa aku boleh terima kritikannya. Feedback yang lain, aku akan biarkan dia mereput sampai bila-bila. Aku juga nak jadikan feedback kritikan tu sebagai titik tolak agar aku menulis dengan lebih baik lagi.
Apa lagi aku boleh kata? Aku cuma nak hamburkan kekecewaan aku tu di sini. Mungkin aku tak sepatutnya buat manuskrip tu terburu-buru.
Mungkin aku tak sepatutnya menulis.
Selama ini aku hanya berhalusinasi yang mengatakan aku ini bagus dalam bidang penulisan.
Mungkin sebenarnya karya aku hanya layak dibaca oleh aku seorang sahaja.
Mungkin sebenarnya aku ni tidak ada apa-apa kelebihan dan kebolehan, melainkan bernafas melalui hidung sahaja.
Dan untuk ke sekian kalinya, aku okay walaupun sebenarnya tak okay sangat. x.