Hari yang sangat sangat aku harapkan agar membawa tuah dan kegembiraan, rupanya hanya membawa segumpal kedukaan untuk diri aku. Tak mengapalah, mungkin bukan rezeki aku. Atau mungkin sebenarnya, aku tak layak berdiri sebaris dengan mereka -- hatta untuk sehari sekali pun.
Aku dah berusaha sehabis mungkin, aku dah kerahkan idea aku untuk benda ni, - boleh dikira, manuskrip ni lah yang akan tunaikan harapan aku yang melangit tu. Rupanya, aku dilempar balik agar jatuh ke bumi. Sakit.
Ini bukan kali pertama aku memberanikan diri hantar manuskrip kepada publisher tu, ini dah masuk kali kedua, dan aku masih gagal. Malahan, aku pernah juga ikut contest-contest yang mereka sediakan. Em, memang -- aku ni bernasib kurang baik kerana tuah tidak bersama aku. Aku gagal.
Agak terkilan sebenarnya, bila aku dah usahakan manuskrip ni hampir setahun lamanya dan ditolak oleh mereka hanya dalam satu bulan. Nampak tak? Usaha aku tu memang jelas sia-sia.
Ya, ini adalah entri aku yang penuh kegagalan. Jiwa aku berkabung. Aku sepertinya sudah berputus asa. Aku juga dah menangis sedikit tadi pagi, selepas membaca feedback yang diberikan oleh para panel publisher tu.
Ada antara feedback panel yang membuatkan hati aku sedikit tenang. Hanya sedikit, dan kemudiannya hentaman dan kritikan dari panel yang lain buatkan empangan air mata aku tu deras. Mungkin aku layak mendapat kritikan tu kerana penulisan aku langsung tak bagus.
Dari pagi sejak aku baca emel ni, sampailah ke malam ni sebenarnya aku masih belum move on. Ya lah, benda yang kau usahakan dan kau jadikan sebagai harapan, tidak diterima baik oleh orang lain. Memang sangat mendukacitakan.
Ini antara feedback yang aku dapat, yang aku rasa aku boleh terima kritikannya. Feedback yang lain, aku akan biarkan dia mereput sampai bila-bila. Aku juga nak jadikan feedback kritikan tu sebagai titik tolak agar aku menulis dengan lebih baik lagi.
Apa lagi aku boleh kata? Aku cuma nak hamburkan kekecewaan aku tu di sini. Mungkin aku tak sepatutnya buat manuskrip tu terburu-buru.
Mungkin aku tak sepatutnya menulis.
Selama ini aku hanya berhalusinasi yang mengatakan aku ini bagus dalam bidang penulisan.
Mungkin sebenarnya karya aku hanya layak dibaca oleh aku seorang sahaja.
Mungkin sebenarnya aku ni tidak ada apa-apa kelebihan dan kebolehan, melainkan bernafas melalui hidung sahaja.
Dan untuk ke sekian kalinya, aku okay walaupun sebenarnya tak okay sangat. x.
Dear.. It's ok. Dari sini awak akan bangun semula untuk buat yang lebih baik dan terbaik. :)
ReplyDeleteIn shaa Allah. Terima kasih nasihatnya :')
Deletehai anis. salam perkenalan :) aku paham betapa pedihnya rasa tu. insyaAllah rezeki anis ada kat lain.
ReplyDeleteHai, salam perkenalan juga. Aamiin, mudah-mudahan begitulah :)
DeleteUittt.. Jangan fed up lagiii !!! Rezeki tak sampai lagi. Setiap org ada style penulisan sendiri dan ada orang yang akan minat dengan karya penulisan tuuh. Chill ;) bila nak jadi penulis kita perlu bsrsedia untuk terima kritikan. Bukan semua orang, ada taste yang sama macam kita. Terus latih menulis dan menulis. Baru penulisan makin mantap. :) *sebenarnya panjang lagi nak taip, tapi takut terjadi entry pulak dkt sini. Hehe*
ReplyDeletehehe. takpe, nak tulis panjang-panjang pun tak apa. saya baca juga, boleh la rawat hati yang terluka ni. :)
DeleteBerkunjung disini, follower ke #36, Kunjungi dan follow blog aku juga ya Film Juli 2016
ReplyDeletetakpe. sabar lah. maybe boleh try hantar kat publisher lain.
ReplyDeletedont give up ya sis. :)
terima kasih ya :) :)
Deletesaya faham sakitnya perasaan yg akak alami tu. kita dah cuba sedaya upaya tapi masih tak berjaya.. barangkali tiada rezeki kat situ.. tapi jangan putus asa, jangan berhenti menulis! saya percaya akak boleh buat yg lebih baik masa akan datang nnti! cheer up! :) rezeki Allah tu mmng ada, cuma kita taktau masa je :)
ReplyDeletebetul tu. memang sedih sangat. terima kasih ya. Saya akan berusaha lagi yang terbaik untuk masa akan datang.
Deleteceri faham perasaan keknis,dulu lukisan ceri teruk kena hentam dgn org2 yg berpengalaman, siang malam asyik terfikir pasal kritikan tu jer ahahaha..tapi jadikanlah kritikan mereka tu utk motivate diri kita utk buat lebih baik lagi :) good luck keknis! :)
ReplyDeleteMungkin lepas ni ceri boleh kongsikan kat blog ceri macam mana ceri atasi kritikan mereka tu, kan? Mana tahu boleh jadi inspirasi ;)
Deletesabarlah sis. kita semua pernah alami situasi yg hampir sama. yang penting adalah bagaimana sesuatu kritikan itu dapat membangkitkan semangat diri, tidak kenal erti putus asa, harapan, tawakkal, dan doa kpd Ilahi. in shaa Allah. sis akan berjaya mengecapi impian suatu hari nanti :)
ReplyDeletementari pasti akan menyinar jua.