Saturday, 18 June 2016

Optimis




Macam mana nak move on dari perasaan sedih ni? Aku berani jamin setiap dari korang ada perasaan sedih yang korang tak mampu luah pada siapa-siapa.

Aku pun ada perasaan sedih juga, tapi secara pantas dan bijak aku cover kesedihan aku tu dengan gelak ketawa dan lawak depan kawan-kawan. Jadi di sini aku ada beberapa cara untuk hilangkan rasa sedih tu.

1. Terapkan minda positif; 


Cuba untuk tidak terlalu memikirkan hal-hal yang telah membuatkan kita rasa sedih, atau rasa sakit hati. Semakin kita fikirkan perkara-perkara buruk itu, semakin kusut kepala otak kita. Ayuh, kita tinggalkan semua hal-hal yang menyakitkan dan berfikir dengan lebih positif. Melalui cara ini, sedikit sebanyak kesedihan dan beban kita tu berkurangan. 

2. Lakukan aktivti yang disukai;


Buatlah perkara-perkara yang kita suka sekerap yang mungkin. Melakukan perkara yang sangat kita gemari akan mengurangkan perasaan sedih kita dan juga membantu kita melupakan perkara-perkara yang menyedihkan. Ayuh bebaskan diri dari belenggu kesedihan!

3. Terima takdir dengan hati terbuka;



Dalam kehidupan kita, tak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Kadang-kala sesuatu permintaan tu tidak ditunaikan kerana belum sampai masanya. Jangan terus-terus menyalahkan takdir (apatah lagi Tuhan), bila perkara yang dihajati tidak kesampaian. Bertenanglah, dan yakinlah bahawa Dia mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Jangan lupa juga, berdoa setiap hari tanpa henti untuk hajat yang kita benar-benar inginkan. Dia Maha Mendengar. 

4. Yakin dengan diri sendiri; 


Yakinlah dengan kebolehan dan kelebihan diri sendiri. Jangan biarkan semangat kita jatuh merundum apabila kebolehan kita dalam sesuatu bidang tidak diterima dalam kelompok bidang tersebut. Penolakkan yang berlaku adalah salah satu motivasi untuk kita mengasah lagi bakat yang dimiliki. Jangan berputus asa. 

Semoga bermanfaat untuk diri korang dan aku sendiri. x. 




6 comments:

  1. Anonymous6/18/2016

    no 2 dan 3 tu sy selalu buat. hehehe.. sabar dan tenang. semua hidupan ada ujian :)

    ReplyDelete
  2. hilangkan rasa sedih? disebabkan apa? putus cinta? dalam kerjaya? hurmm..
    setiap tu ada cara dia tersendiri..

    tapi kalau saya nak ilangkan rasa sedih update la blog.. haha.. buat benda kita suka..

    Blogwalking Sini, jom baca artikle tutorial ini

    Cara Betul Untuk Memasang HTTPS di blog article...

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas tipsnya =)

    ReplyDelete
  4. its hard at first. but i did it. yayyy!

    ReplyDelete
  5. jemput join :)
    http://iniblogke.blogspot.my/2016/06/iniblogke-ramadhan16-bloglist.html

    ReplyDelete